Search
Search
Suzuki V100 Golden Minion

Suzuki V100 Golden Minion

Motor skuter V100 ni dulu, masa baru-baru keluar takdelah popular macam sekarang. Yalah, skuter kecik je, banyak orang cakap macam tak berbaloi kalau beli. Kalau budak-budak muda macam kita sekarang ni mana nak pandang dulu motor ni.

Tak trend katanya. Kalau pergi ke Johor macam di Muar atau Tangkak, memang bersepah-sepah orang pakai. Kebanyakannya ‘uncle-uncle’ dengan ‘auntie-auntie’ je yang bawak.

Entah macam mana, nak dijadikan cerita, dengan tiba-tiba aje motor ini jadi popular. Sebab ada satu masa, trend skuter ini melonjak naik dengan kehadiran model-model baru dari pelbagai pengeluar dan yang popular dari model Suzuki juga macam VS 125, VS 150 dan VR 125.

Maka V100 punya populariti pun naik sekali sebab ada beberapa orang pomen dah mula modified si cilik ini jadi laju!

Boleh dikatakan sampai sekarang ini, model V100 memang ada harga dan jadi rebutan. Lebih-lebih lagi ada beberapa model Jepun yang sama dengan V100.

Maka, kreativiti orang Malaysia yang memang terkenal dalam proses kacuk-mengacuk dan ubahsuai ini, banyaklah menghasilkan jentera-jentera V100 yang cantik dan hebat di atas jalan.

Kalau korang baca spec motor ni, confirm jadi seram sebab bukan biasa-biasa dia punya ubahsuai. Enjin asal dah dipadankan dengan ‘crankshaft’ yang dinaik-taraf ditambah pula dengan piston milik RG Sport.

Kepala silinder pula dipakaikan dengan Yamaha SS punya. Untuk melawaskan kuasa yang mampu dihasilkan, enjin ini dipasang dengan karburator original Sudco Keihin PWK yang berukuran 28mm bersama kabel pemulas milk Vespa.

Sistem pendawaiannya pula diambil dari model CE13 termasuklah ‘capasitor discharge ignition’ milik model yang sama. Untuk ekzos, chamber direka oleh Waknol SpeedMetal dilekatkan dengan muffler dari PM Tuning.

Owner ni kaya, maka enjin hanya dipakaikan dengan minyak 2T Moytul 800V je!

Untuk nampak hebat dan menarik, takkan nak pakai aksesori asal V100. Maka dengan itu, pelbagai aksesori JDM dipadankan antaranya meter paparan Suzuki Address V100, ‘casing’ auto Address V100 CE13 dan tempat duduk Suzuki Address V50.

Selain itu, beberapa aksesori tambahan yang menaikkan lagi seri pada jentera ini adalah ‘fast throttle’ Domino, sarung pemegang Supreme❌Fox Racing, lampu hadapan jenis ‘clear smoke’ RG Sport dari Monsuta, signal smoke CE13, lampu belakang Albino KN Smoke juga dari Monsuta, plat pemijak dari KN serta yang paling menarik perhatian adalah ada meter voltan jenama Daytona Japan.

Moto dah laju-laju, dah cantik, takkan nak pakai brek original kilang, kan? Maka Brembo Piaggio X9 dipadankan dengan hos Hel menjadi pilihan. Senang nak brek kalau nampak awek comel tepi jalan walaupun tengah layan ‘top speed’.

Untuk keselesaan, bahagian hadapan jentera ini dipakaikan dengan ‘fork’ Suzuki ZZ dari jenama Showa manakala penyerap hentak belakang pula dari Showa Daytona 300mm.

Akhir sekali, rim Suzuki ZZ berukuran 12 inci dikenakan depan belakang dibaluti pula tayar Maxxis Gogoro F depan dan belakang.

Warna gula-gula oren (Orange Candy) yang dilayangkan pada badan V100 ini adalah hasil kerja dari Fazzley Rahman manakala keseluruhan pemasangan dan ubahsuai dilakukan oleh Boy Monsuta sebelum ditala kuasanya oleh One Seelong!

Sumber: https://roadstarmag.com/

Kapchai