Honda Super Cub merupakan model paling popular dengan lebih 100 juta unit dihasilkan pada hari ini dan model ini sangat popular untuk disesuaikan mengikut gaya penggunaan.
Jika di lihat dalam banyak-banyak versi terkini, bengkel terkenal di negara Thailand iaitu K-Speed, telah merekabentuk dan mengeluarkan alat ganti yang sesuai untuk Honda Super Cub baharu yang dilihat sedikit luar biasa. Ia unik, menarik dan sangat klasik dalam versi baharu Honda Super Cub ini.
K-Speed menghasilkan struktur baharu yang dipanggil ‘Cargo Cub’, yang mana struktur ini di inspirasikan dari Nissan S-Cargo, di mana Nissan S-Cargo merupakan van penghantaran kecil yang telah diperkenalkan oleh Nissan pada tahun 1989. K-Speed mendapat ilham untuk hasilkan versi baharu bagi Honda Super Cub.
Bagi mengubahsuai rupa baharu Honda Super Cub ini, ianya bermula dengan pengubahsuaian roda dan set baru rim aluminium. Dilaraskan dalam penggantungan hadapan, fender hadapan mempunyai struktur kelompok berasingan yang memegang lampu depan.
Sepasang lampu hadapan dibuat baharu seperti van Nissan S-Cargo. Bahagian hadapan direka termasuk fairing dan lubang udara baharu dimana ianya disusun dengan sempurna dan kemas.
Terdapat juga genggaman baharu, suis mikro, gear baharu. Pada bahagian hujung ekor belakang, ianya dipotong dan dan saiznya dikecilkan.
Ia digantikan dengan fender belakang keluli. Rak bagasi juga dibuat khas bagi mengekalkan gaya unik Super Cub dengan sempurna.
Honda Super Cub ini dianggap sebagai satu lagi model baharu kerana menukar sepenuhnya wajah Honda Super Cub dalam versi terkini dengan mengekalkan ciri klasik yang sedia ada.
Honda Super Cub ini merupakan karya unik dari K-Speed yang agak menarik dari versi lain yang pernah ada. Cantik dan kemas!
Sumber: http://www.mocyc.com/