Search
Search
Y15 Berjasad Aprilia RSV4

Y15 Berjasad Aprilia RSV4

Pemilik Yamaha Y15 ni boleh dikatakan gila. Tapi demi kepuasan, gila-pun gila lah. Lantak apa orang nak kata.

Tahu sebab apa dikatakan gila? Sebab pemilik motor ini mahukan kelainan pada Yamaha Y15, beliau membeli Aprilia RSV4 1000R terpakai!

Beli untuk ambil bahagian motor tersebut untuk digunapakai dan mengubah suainya pada Yamaha Y15 beliau. Boleh dikatakan gila.

Dalam menghasilkan Yamaha Y15 yang unik ini, ia memerlukan mekanik yang mahir.

Mekanik dari Chiang Mai Por-Lorch iaitu rakan kongsi kepada Mocyc.com, bertanggungjawab untuk memotong Aprilia RSV4 1000R menjadi beberapa bahagian kepingan dan memasukkannya ke dalam Yamaha Y15.

Selepas selesai dan disusun komponen, Yamaha Y15 ini dihiasi mengikut MotoGP Yamaha. Hasil kerja ini benar-benar memuaskan hati pemilik motosikal ini dan mekanik. Tengoklah hasilnya.

Sumber: http://www.mocyc.com/

Kapchai