Search
Search
Bila Honda RS150R jadi MotoGP

Bila Honda RS150R jadi MotoGP

Memang tidak dinafikan, motosikal perlumbaan MotoGP sering menjadi rujukan peminat pengubahsuaian. Salah satu contoh ialah Honda RCV versi ini.

Berasaskan Honda RS150R, motosikal ini diubahsuai sebegitu rupa berkonsepkan motosikal perlumbaan MotoGP. Malah, lengkap dengan winglet di badan.

Artikel yang disiarkan oleh Paultan.org ini memaklumkan bahawa orang yang bertanggungjawab menghasilkan Honda RS150R adalah Rudy Norman yang merupakan Geng Tayar Besar (GTB).

Lihat sahaja saiz tayar hadapan dan tayar belakang yang lebih sesuai untuk disumbat ke dalam motor besar berbanding motor kecil. Untuk permulaan kerja, ianya bermula dari pembuatan badan hinggalah grafik badan.

Rudy mengambil livery Repsol Honda Team dalam MotoGP RC213V milik Marc Marquez dan Pol Espargaro sebagai rujukan.

Selepas itu, kerja diteruskan pada bahagian pemegang tayar. Rudy cuba memasang tayar besar yang biasa digunakan oleh motosikal superbike dan swingarm satu sisi yang dikeluarkan dari Honda VFR800.

Tempat duduk juga diubah bagi kesesuaian untuk menunggang. Kemudian, ia turut disokong sistem brek hadapan brek cakera berkembar dengan kaliper brek Brembo, suspension hadapan terbalik, dan lain-lain.

Khusus untuk suspension, Rudy menggunakan suspension motosikal lumba yang biasa digunakan dalam Malaysia Cub Prix. Suspension hadapan terbalik juga boleh laras sepenuhnya.

“Ianya tidak begitu mudah. ​​Kami cuba memastikan binaan rangka itu kekal untuk mengelakkan masalah dengan pihak berkuasa. Tetapi, untuk bahagian lain, semuanya telah diubahsuai,” kata Rudy.

Selain suspension hadapan terbalik, tayar depan dan belakang yang luar biasa lebar, bahagian lain yang menarik perhatian ialah lengan hayun satu sisi yang jarang digunakan pada motosikal kecil.

“Ya, bahagian itu membuatkan saya banyak berfikir, cuba memikirkan cara memasang lengan hayun pada rangka, mengekalkan geometri dan masih kelihatan baik,” kata Rudy.

Tayar yang digunakan juga adalah tayar Dunlop Sportmax GP yang biasa digunakan untuk perlumbaan.

Prestasi enjin disokong oleh ekzos daripada SCK Racing. Malangnya, tidak dinyatakan berapa kos sebenar untuk membina replika RCV pada motosikal ini.

Tak apa, janji kita dapat lihat hasil anak muda tempatan ni yang sangat gempak!

Sumber: https://paultan.org/

Kapchai